Adakah anda sudah bersedia untuk Umrah DIY?
Sebelum kita mula menyelusuri sistem teknikal, mari semak tahap kesediaan mental dan pengurusan anda.
Ujian Pantas (Readiness Check)
1. Adakah anda biasa membuat tempahan tiket penerbangan dan hotel sendiri melalui online (seperti Agoda/Booking.com)?
2. Jika berlaku perubahan jadual penerbangan secara tiba-tiba, apakah reaksi anda?
Bab 1: Betul Ke Boleh Buat Umrah Sendiri? Realiti vs Mitos
Ramai yang tertanya-tanya, "Selamat ke pergi tanpa mutawwif yang pegang bendera dari KLIA?". Jawapannya, **SANGAT BOLEH** dan semakin ramai yang melakukannya.
Mitos Popular
- Nanti sesat tak tahu nak tawaf macam mana.
- Visa susah nak lulus kalau tak guna kabel agent.
- Hotel semua dah di-'block' oleh travel agent besar.
Realiti Sebenar
- Sistem Arab Saudi kini sangat mesra pelancong (Tourist Visa).
- Aplikasi seperti Nusuk mudahkan tempahan Raudhah.
- Kereta api laju (Haramain) sambungkan Mekah, Madinah & Jeddah dengan mudah.
Keluarga yang ingin privasi masa, pasangan muda, individu yang punya bajet spesifik (sangat jimat atau sangat mewah), dan mereka yang fizikalnya sihat serta boleh guna smartphone.
Bab 2: Kenapa Ramai Rugi Ribuan Ringgit?
Kesilapan dalam Umrah DIY bukan pada ibadah, tetapi pada **pengurusan logistik**. Ini sebab utama kenapa ada yang bajet RM5,000 tiba-tiba melambung jadi RM8,000.
Tengok di Agoda tulis "300 meter dari Masjidil Haram". Tapi realitinya, itu jarak garis lurus dari bucu hotel ke pagar dataran paling luar. Belum kira jalan mendaki berbukit (seperti area Ajyad) atau jalan tutup waktu solat. Akhirnya, terpaksa sewa teksi/kerusi roda setiap hari.
Turun di Jeddah, terus ambil teksi sapu dengan harga 400 Riyal, sedangkan tiket Kereta Api Laju Haramain (HHR) baru sekitar 70 Riyal dan lebih pantas + selesa.
Bab 3: Timeline Umrah DIY Langkah Demi Langkah
Sistem DIY perlukan timeline. Jangan buat semua benda serentak. Ikut susunan jadual di bawah untuk elak panik.
Fasa Research & Lock Tiket Utama
- Tetapkan tarikh kasar & semak cuaca / musim cuti.
- Semak pasport (mesti sah sekurang-kurangnya 6 bulan).
- Beli Tiket Penerbangan (Flight). Ini pengikat komitmen.
Fasa Tempahan Penginapan
- Bandingkan dan tempah hotel di Mekah dan Madinah.
- Susun Itinerary: Berapa hari Mekah, berapa hari Madinah? Masuk ikut mana, keluar ikut mana?
Fasa Dokumen & Transport
- Mohon Tourist Visa (eVisa) melalui laman web rasmi / ejen berdaftar.
- Tempah tiket Haramain High-Speed Railway (HHR).
- Download dan daftar akaun aplikasi Nusuk (Wajib untuk tempah Raudhah).
Fasa Persediaan Fizikal & Ilmu
- Beli kain ihram / telekung sesuai cuaca.
- Mula latihan berjalan kaki 3-5km sehari.
- Kemaskini ilmu umrah.
Bab 4: Cara Pilih Tarikh Umrah Yang Sesuai
Memilih tarikh yang salah boleh menyebabkan anda berdepan lautan manusia yang ekstrem atau cuaca sejuk mencengkam tulang.
Waktu Puncak (Sangat Sesak & Mahal)
Sesuai jika anda tiada pilihan cuti lain, tapi bersedia untuk kos tinggi.
- Bulan Ramadhan (Terutama 10 malam terakhir)
- Disember (Cuti sekolah Malaysia & cuaca sejuk)
- Musim Cuti Musim Sejuk Eropah/Arab
Sweet Spot (Tenang & Harga Berpatutan)
Sangat disyorkan untuk First-Timer DIY.
- Bulan Safar, Rabiul Awal (Selepas musim haji reda)
- Ogos - Oktober
- Awal Syawal (Lepas raya)
Bab 5: Beli Tiket Penerbangan (Flight) Dengan Bijak
Pembelian tiket adalah langkah pertama yang paling besar. Bila tiket dah beli, perancangan lain terpaksa ikut.
Direct Flight (Saudia, Malaysia Airlines, AirAsia X): Sekitar 8-9 jam. Mahal sikit tapi sangat menjimatkan tenaga, terutamanya jika bawa warga emas.
Transit (Oman Air, Etihad, Emirates, Qatar): Boleh jimat RM500-RM1000. Masa perjalanan total 12-16 jam. Pastikan layover tidak kurang dari 2 jam (risiko tertinggal flight sambungan) dan tidak lebih 5 jam (terlalu penat).
Jika penerbangan anda turun di Jeddah (JED), anda akan mula dengan Umrah dahulu di Mekah. Anda perlu berniat ihram di udara (Miqat Yalamlam / Qarn al-Manazil).
Jika turun di Madinah (MED), anda lebih santai. Boleh ziarah Madinah dulu tanpa perlu pakai ihram dari KL. Sangat dicadangkan untuk first timer supaya tidak kelam kabut.
Bab 6: Rahsia Pilih Hotel Tepat (Jangan Terpedaya Jarak Peta)
Mekah berbukit. Hotel di Abraj Al Bait (Safwah, ZamZam Tower, Clock Tower) adalah paling premium, harga cecah RM800-RM2000/malam tapi jarak kosong meter (keluar terus dataran).
Hotel di Ajyad (belakang Safwah) mungkin murah sikit, tapi laluannya berbukit curam. Kesian warga emas. Jika nak landai, cari area Ibrahim Al Khalil atau Misfalah (walaupun jauh 500m, jalannya rata).
Madinah jalannya rata. Cari hotel di "Saf Pertama / Saf Kedua" (North Central Area) berdekatan pintu Pintu 25 (Pintu Wanita) atau Pintu 332 (Pintu Utama Raja Fahd). Jarak 300m di Madinah sangat dekat berbanding 300m di Mekah.
Bab 15: Step-by-Step Umrah (Ringkasan Penuh)
Sistem pengurusan dah cantik, ibadah juga mesti betul. Ini rukun dan wajib umrah yang diringkaskan untuk mudah faham di lapangan.
1. Berniat & Berihram (Wajib)
Lakukan di Miqat (sempadan). Jika flight terus ke Jeddah, niat di atas flight. Pakai pakaian ihram (2 helai kain tak berjahit bagi lelaki, tutup aurat bagi wanita).
نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا لِلَّهِ تَعَالَى
"Sahaja aku berniat umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta'ala."
2. Tawaf (Rukun)
Mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali pusingan, bermula dari garisan Hajarul Aswad (lampu hijau) dengan Kaabah berada di sebelah kiri. Wajib suci dari hadas kecil/besar.
3. Saie (Rukun)
Berjalan berulang-alik antara bukit Safa dan Marwah sebanyak 7 kali, bermula di Safa dan berakhir di Marwah. Tidak wajib wuduk, tetapi digalakkan.
4. Tahallul (Rukun)
Mencukur (afdhal untuk lelaki) atau menggunting (sekurang-kurangnya 3 helai) rambut. Selepas tahallul, semua larangan ihram terbatal. Alhamdulillah, selesai umrah.
Bab 20: Checklist Interaktif Umrah DIY
Gunakan checklist ini. Progress anda akan disimpan dalam browser (tidak akan hilang kalau tutup page).
*Data checklist ini disimpan automatik dalam peranti anda.
Bab 17: Soalan Popular (FAQ) Jemaah DIY
Ada 3 cara utama:
- Kereta Api HHR (Sangat disyorkan): Beli tiket online awal. Ambil train dari station dalam airport Jeddah terus ke station Mekah. Tiba Mekah, ambil teksi pendek/bas percuma ke hotel.
- Teksi / Uber / Careem: Selesa jika datang berempat. Kos sekitar 250 - 400 Riyal satu kereta.
- Bas SAPTCO: Paling murah, tapi sedikit renyah untuk warga emas dan barang banyak.
Boleh dan wajib tempah sendiri menggunakan aplikasi Nusuk. Anda perlu daftar guna nombor visa dan pasport. Slot agak terhad, pastikan anda sentiasa check aplikasi Nusuk seawal 1-2 minggu sebelum tiba di Madinah.
Tunggu di perhentian bas berdekatan Masjidil Haram (biasanya area Syib Amir atau depan hotel Dar Al Tawhid). Naik bas SAPTCO atau teksi sapu untuk ke Miqat Tanaim (Masjid Aisyah). Kos teksi sekitar 20-50 Riyal pergi dan balik. Niat ihram di sana, balik ke Mekah dan buat tawaf, saie & tahallul.
Perlukan Bimbingan Rapi?
Sistem ini sudah lengkap, namun jika anda perlukan ketenangan 100% dengan tempat rujukan terus, kami sedia membantu.
Pakej Support WhatsApp
Sesuai untuk anda yang urus sendiri, tapi mahu tempat bertanya soalan pengurusan & fiqh bila keliru.
- ✓ Group WhatsApp Khas (3 Bulan)
- ✓ Semakan Itinerary & Hotel
- ✓ Hotline Kecemasan Semasa di Tanah Suci
Servis Mutawwif Ground
Urus flight & hotel sendiri (jimat banyak), tapi kami sediakan Mutawwif berpengalaman menyambut anda di sana.
- ✓ Mutawwif Khas untuk Umrah Pertama
- ✓ Ziarah Khas VIP Mekah & Madinah
- ✓ Transport (GMC / H1) Disediakan