Malam-malam terbaik Ramadan hampir berlabuh. Jangan biarkan ia pergi tanpa satu amal jariah. Dengan minimum RM100, anda boleh hadiahkan 'saham akhirat' buat ibu bapa tersayang melalui sedekah bangunan sekolah Islam generasi masa depan.
SEDEKAH ATAS NAMA MAK AYAH SEKARANGPeluang Ramadan tahun ini semakin singkat. Mungkin Lailatul Qadar berlaku malam ini.
Mungkin kita tak mampu belikan rumah besar untuk mak ayah di dunia. Mungkin kita tak selalu ada masa untuk menemani mereka. Tapi, kita masih mampu hadiahkan saham akhirat yang tak putus-putus untuk mereka.
Bayangkan... Setiap anak-anak di SRITI AN NAJAH membaca Al-Quran, solat dhuha, dan belajar ilmu agama di bangunan baru nanti, pahalanya terus mengalir laju ke dalam buku amal mak ayah kita.
Walaupun mereka sedang tidur di rumah, atau mungkin sudah berada di alam barzakh, pahala sedekah ini terus hidup menemani mereka.
HADIAHKAN PAHALA UNTUK MAK AYAHPermintaan sangat tinggi, tetapi kami tidak mampu menerima murid baru kerana tiada ruang.
Hanya bangunan atas tanah pemberian hamba Allah yang sempit dan padat.
Tiada bilik khas untuk kemudahan pelajar seperti makmal sains, perpustakaan dan lain-lain.
Ramai ibu bapa menangis kecewa bila anak mereka terpaksa ditolak pendaftarannya akibat kelas penuh.
Walaupun serba kekurangan, pencapaian anak-anak ini sangat membanggakan di Melaka.
Keputusan UPKK Cemerlang No 1 di Melaka bagi kategori swasta
Sahsiah dan adab pelajar sangat terpuji & dijaga
Fokus kelas kecil maksimum 20 murid sekelas
Sekolah berdaftar & diiktiraf penuh oleh JAIM
Kami menyasarkan untuk membeli sebuah bangunan rumah kedai 3 tingkat berhampiran 150 meter dari banggunan sedia ada.
Jika bangunan ini tidak dibeli segera, ramai lagi anak-anak generasi masa depan akan terlepas peluang mendapat pendidikan Islam yang cemerlang di sini.
Target Khas 10 Malam Terakhir: RM 1,000,000
Mari bersama penuhkan tabung ini malam ini juga.
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya."
(Surah Al-Baqarah: 261)
"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, atau anak soleh yang mendoakannya."
(Riwayat Muslim)
Dengarkan luahan ikhlas dari Pengasas SRITI AN NAJAH, Cikgu Mazuan.
Sekurang-kurangnya letakkan satu nama mak atau ayah dalam sedekah ini malam ini sebelum Ramadan pergi.
Jangan biar malam ini berlalu tanpa saham akhirat. Sesuai untuk infaq peribadi menolak bala dan meraih keberkatan Ramadan.
Infaq RM30Pakej khas diniatkan sedekah atas nama ibu bapa. Hadiahkan mereka pahala mengalir setiap kali pelajar membaca Al-Quran dan bersolat di sekolah ini.
Sedekah Untuk Mak AyahSatu langkah besar membantu kami membeli bangunan ini. Hadiah pahala berganda buat kedua ibu bapa dan keluarga anda.
Infaq RM300Sebagai tanda terima kasih kami, setiap penyumbang (tanpa mengira jumlah) akan menerima eBook eksklusif ini terus ke e-mel anda selepas transaksi berjaya.
Sebab mengapa sekolah ini sentiasa menjadi pilihan utama ibu bapa di sekitar Melaka.
"Alhamdulillah, sejak anak masuk SRITI AN NAJAH, solat 5 waktu terjaga tanpa disuruh. Akhlak pun sangat lembut dengan kami. Saya sangat berharap sekolah ini dapat bangunan baru supaya lebih ramai anak-anak dapat kebaikan yang sama."
"Cikgu-cikgu sangat komited. Walaupun kelas di bangunan yang sempit, tapi keputusan akademik anak saya sangat cemerlang. Bayangkan kalau mereka ada fasiliti yang lebih baik, pasti potensinya lebih besar."
"Saya sedekahkan atas nama arwah ayah saya. Saya yakin ini adalah pelaburan akhirat yang terbaik. Pendidikan Islam ini benteng anak-anak kita zaman sekarang. Sedih bila tahu ramai ditolak sebab sekolah tak cukup ruang."
Boleh, sangat digalakkan. Ini adalah sedekah jariah yang pahalanya akan terus mengalir kepada mereka, insya-Allah. Semasa membuat bayaran, anda hanya perlu niatkan di dalam hati untuk mereka.
Minimum infaq adalah RM30 untuk menampung kos transaksi. Namun, kami sangat mengesyorkan pakej RM100 untuk sedekah atas nama mak ayah bagi memberi impak yang lebih besar kepada projek bangunan ini.
Selepas transaksi berjaya melalui sistem ToyyibPay, anda akan terus dibawa ke satu halaman khas untuk muat turun eBook, dan salinan juga akan dihantar ke e-mel yang anda masukkan.
100% dana (selepas ditolak caj payment gateway) akan disalurkan ke dalam tabung khas pembelian bangunan rumah kedai 3 tingkat berhampiran 150 meter dari bangunan sedia ada yang bernilai RM3 juta.
Ya, SRITI AN NAJAH adalah Sekolah Rendah Islam Persendirian yang berdaftar dan diiktiraf sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).