Qurban bukan sekadar sembelihan. Ia tanda taqwa, jalan mendekatkan diri kepada Allah, dan ikhtiar menjemput keberkatan dalam hidup yang kita rindukan.
Ramai di antara kita merasa sesuatu yang sukar diungkapkan. Bukan sekadar masalah wang. Ia lebih dalam dari itu.
Rezeki ada, tapi entah ke mana perginya. Sebelum bulan habis, tangan dah kosong semula.
Sudah bekerja keras, sudah berdoa, sudah sabar — tapi jalan rasa sempit juga.
Ada resah yang susah nak dijelaskan. Waktu malam pun fikir banyak perkara yang belum selesai.
Dulu hidup rasa cukup, sekarang cukup pun rasa tak cukup. Ada sesuatu yang hilang.
Orang kata kita nampak baik-baik saja, tapi dalam hati ada beban yang berat sangat.
Cuba lepas, tetap kembali ke titik yang sama. Macam tak ada jalan keluar.
"Kadang-kadang, bukan Allah sempitkan hidup kita.
Tetapi Allah sedang mengajar kita untuk kembali dekat kepada-Nya —
melalui ibadah yang kita selalu tangguhkan."
"Daging dan darah korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu."
Allah tidak menilai mahal atau murah haiwan qurban kita.
Allah melihat hati yang tunduk melepaskan sesuatu kerana-Nya.
Qurban melatih melepaskan kecintaan harta demi redha Ilahi.
Titisan darah pertama membawa taqwa yang mendekatkan kita pada-Nya.
Luangkan satu minit. Kadang-kadang satu peringatan ikhlas mampu mengubah laluan hidup kita.
Tekan Untuk Menonton
Bersama Ustaz Pahrol Mohamad Juoi — Duta Kempen Qurban Barakah 2026
Qurban anda bukan sekadar menunaikan sunnah, ia adalah nafas baharu untuk mereka yang benar-benar memerlukan.
Sistem automatik dan sistematik kami memudahkan urusan ibadah anda dari mula hingga akhir.
Pilih pakej bersesuaian, isi butiran di form yang dijamin selamat, dan lafazkan akad wakalah.
Pasukan kami akan memulakan proses pengurusan haiwan dan anda akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Selesai sembelihan, anda akan menerima E-Sijil rasmi berserta bukti gambar penyempurnaan ibadah.
Pelaksanaan dijamin 100% mematuhi syariat dengan pengawasan wakil bertauliah.
Pilihan bajet terbaik untuk 1 bahagian lembu di bumi Afrika & Myanmar.
Satu ekor kambing penuh atas satu nama. Memberi impak yang sangat besar.
Agihan daging segar secara terus kepada asnaf dan madrasah di Malaysia.
Kompilasi doa-doa pesanan Baginda Nabi SAW khusus sebagai perisai musibah dan pembuka pintu rahmat.
Himpunan munajat bersumberkan Al-Quran yang wajib diamalkan seusai solat demi ketenangan jiwa.
E-book tulisan Ustaz Pahrol yang merungkai solusi buat hati yang buntu, diinspirasikan dari analogi Al-Quran.
Ramai yang menangguh niat, menunggu "esok lusa", atau "bila ada lebihan". Ketahuilah apabila kapasiti penuh, sistem pendaftaran akan ditutup serta merta.
Alhamdulillah, pendaftaran masuk bertali arus setiap hari menjelang Aidiladha.
Sempurnakan kewajipan anda selagi ada kesempatan waktu. Jangan biarkan niat suci terkubur.
Anda mungkin tidak melihat mereka, tetapi Allah SWT melihat setiap gembira yang anda hadirkan.
Keluarga asnaf beratur di bawah terik mentari, hati penuh doa semoga ada rezeki daging yang amat jarang mereka nikmati setahun lamanya.
Sewaktu daging dihulurkan, terukir senyuman yang terlalu mahal nilainya. Senyuman itulah yang mengiringi doa mereka untuk kesejahteraan anda.
Bagi anak-anak kecil ini, musim qurban adalah detik paling dirindui untuk merasai hidangan berkhasiat seperti insan lain.
Pemberian anda bukan sekadar mengalas perut, ia menghidupkan jiwa. Tangan mereka menadah ke langit mendoakan sang dermawan.
Sorotan visual pelaksanaan Qurban Barakah. Amanah anda telah selamat dilunaskan kepada ribuan asnaf saban tahun.
Suasana Sembelihan
Agihan Sempurna
Kepercayaan 10,000+ peserta bukan datang bergolek. Ia dibina atas asas ketelusan dan tanggungjawab.
"Sangat tenang berurusan. Laporan agihan yang sangat terperinci buat hati saya sebak bercampur syukur. Moga Allah rahmati seluruh team."
"Tahun lepas saya nekad keluar modal. Selepas qurban, kelancaran rezeki saya berubah mendadak. Benarlah ibadah ini membuka pintu barakah."
"Diniatkan khusus buat arwah ayah. Pengurusan mudah dan sijil digital sangat cantik untuk simpanan memori. Amat disyorkan."
"Bila tengok video agihan di Afrika, tak sangka dengan RM390 boleh buat mereka tersenyum lebar. Servis Qurban Barakah memang tip top, telus dan sangat membantu!"
"Ini masuk tahun ke-3 saya sekeluarga buat qurban di sini. Sistem OnPay mudah, E-Sijil pun laju je dapat lepas raya. Memang tak pening kepala fikir soal pengurusan."
"Alhamdulillah, rezeki lebih sikit tahun ni saya ambil pakej Lembu Malaysia. Daging terus diagih pada madrasah asnaf setempat. Hati lapang sungguh rasanya."
Syarikat patuh syariah.
Pengalaman mengurus asnaf.
Peserta merasai keberkatan.
Segala kekeliruan, kami jelaskan di sini dengan penuh hikmah.
Pelaksanaan memfokuskan benua Afrika (Uganda/Kenya) dan Asia (Myanmar) bagi pakej luar negara, dan Malaysia untuk pakej lokal. Wakil bertauliah kami memantau ketat proses di lapangan.
Faktor matawang dan kos sara hidup penternak tempatan yang rendah di sana. Kualiti haiwan tidak sesekali dikompromi; wajib cukup umur dan sihat fizikal mengikut hukum hakam.
Ketelusan adalah nadi kami. E-Sijil berserta pautan laporan video/gambar akan terus diemel ke inbox anda usai ibadah disempurnakan pada hari tasyrik.
Boleh, hukumnya adalah harus dan pahalanya insya-Allah akan sampai kepada arwah. Anda hanya perlu meletakkan nama arwah di ruangan yang disediakan semasa mengisi borang tempahan.
Ya, sah. Berdasarkan pandangan majoriti ulama, memindahkan sembelihan qurban ke luar negara adalah dibenarkan, lebih-lebih lagi jika komuniti di sana (seperti Afrika/Myanmar) lebih fakir dan amat memerlukan sumber makanan berbanding di negara sendiri.
Pendaftaran dijangka ditutup pada akhir bulan Zulkaedah atau sebaik sahaja kuota lembu/kambing kami penuh. Kami menasihatkan anda menempah awal bagi mengelakkan terlepas slot.
Sila teliti terma wakalah ini untuk kesempurnaan ibadah sebelum mengisi borang.
Dengan ini saya MEMBUAT PENYERTAAN ibadah qurban/aqiqah yang sah di bawah pengurusan Qurban Barakah dengan nilai bayaran yang telah ditetapkan.
Saya mewakilkan Qurban Barakah untuk membeli haiwan, menyembelih, serta mengagihkan daging bagi pihak diri saya (atau nama yang diniatkan) untuk musim 1447H/2026M ikhlas kerana Allah SWT.
"Pengisian borang di bawah dianggap sebagai persetujuan penuh terhadap lafaz akad di atas."
Pintu ibadah terbuka luas. Bertindaklah hari ini bukan semata-mata untuk mengenyangkan mereka yang asnaf, tetapi untuk menjemput rahmat-Nya memeluk kehidupan anda.